Sunday, August 30, 2009

Kulim


Daerah Kulim dipercayai didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok.

Lombong-lombong bijih timah telah ditemui di kawasan Kulim iaitu di Karangan, Terap dan Kelang Lama. Pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim". Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan
Jam Merdeka Kulim ini disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957